Tuesday, January 3, 2012

Unit Pemprosesan Pusat

Ini gambar salah satu mikrokontroller yang murah dan kecil: AVR 8212.


Untuk menggunakan, kita diberi rajah blok berikut.




Rajah ini boleh dikatakan antara yang termudah. Banyak lagi rajah yang lebih rumit.

Sebenarnya, apakah yang terpenting dari banyak2 komponen tu? Hanya 3.

  • Daftar (register) - untuk menyimpan data
  • ALU (arithmetic/logic unit) - untuk melakukan operasi aritmetik dan logik
  • Litar kawalan (control circuits) - mengawal operasi cip



Untuk membina suatu sistem, perlu juga ditambah litar jam dsb.

Dari CPU, terdapat 3 "bas" yang berhubung dengan komponen2 lain.

  • Bas alamat (address bus) - mengandungi kod yang memilih peranti yang berinteraksi dengan CPU
  • Bas data (data bus) - laluan bagi data masuk/keluar CPU
  • Bas kawalan (control bus) - isyarat2 yang tidak termasuk dua bas sebelumnya. Berfungsi untuk mengawal peranti2 dan membawa kod mengenai status peranti2.



Akan datang: Fungsi komponen-komponen dalam CPU.

No comments:

Post a Comment