Sunday, January 1, 2012

Sejarah Ringkas Mikropemproses

1971
Intel 4004 dianggap mikropemproses yang pertama. Iklan pertama untuk cip ini muncul di Electronic News, November 1971. Cip ini dikategorikan mikropemproses 4 bit.

1972
Intel 4004 diikuti oleh Intel 8008 pada 1972, mikropemproses 8 bit pertama. Intel 8008 adalah asas kepada Intel 8080 (1974) dan Zilog Z80 (1976) yang sangat popular pada zamannya. Motorola 6800 (Ogos 1974) dianggap pesaingnya. MOS Technology 6502 yang direka oleh orang yang sama dengan 6800 hampir sama popular dengan Z80 dalam 1980an.

1973
Mikropemproses berbilang cip National Semiconductor IMP-16 adalah mikropemproses 16 bit pertama. Mikropemproses satu cip 16 bit pertama adalah Texas Instruments TMS 9900. Intel 8086 (1978) adalah mikropemproses 16 bit pertama dari Intel. Intel 8086 menjadi asas senibina x86 yang berlanjutan sehingga Intel i7 hari ini.
1979
Peranti 16 bit baru muncul di pasaran apabila mikropemproses 32 bit pula dikeluarkan. Cip 32 bit yang paling penting ialah Motorola MC68000 (1979). Ia mempunyai daftar 32 bit, tetapi bas dalaman dan luaran adalah 16 bit untuk mengurangkan jumlah pin. Dari aspek perkakasan ia kelihatan cip 16 bit, tetapi dari aspek perisian atau seni bina, ia jelas mikropemproses 32 bit. Ia laju, mempunyai ruang memori yang besar (16 megabyte) dan agak murah, menjadikannya cip paling popular dalam kelasnya. Mikropemproses 32 bit pertama dari Intel ialah iAPX 432 (1982) yang tidak berapa laku.

1985
Pemproses ARM diperkenalkan pada 1985. Ia menggunakan senibina RISC, dan sejak diperkenalkan telah mendominasi sistem terbenam 32 bit kerana ia jimat kuasa, model lesen yang menarik dan mempunyai banyak "tools" untuk pembinaan sistem.

2001
Intel memperkenalkan Itanium, mikropemproses 64 bit yang diharap dapat mengatasi kekangan senibina 32 bit. Malangnya penulisan pengkompil untuk famili ini amat sukar dan Intel tidak dapat mencapai prestasi yang diharapkan. Pada pertengahan 2008, IDC menganggarkan Itanium hanya mencapai jualan 26% sistem 64 bit, IBM POWER 42% dan Sun SPARC 32%.

2003
AMD memperkenalkan Opteron pada 2003, mikropemproses 64 bit yang menggunakan senibina AMD64. Ia mengembangkan senbina x86 secara evolusi, berbanding dengan pendekatan Intel yang memperkenalkan cip Itanium yang sangat berbeza dengan senibina x86. Intel meniru AMD64 dengan Intel 64. Amnya AMD64 dan Intel 64 tidak banyak berbeza.

Menurut statistik, dalam tahun 2003 jumlah mikropemproses yang dikilangkan bernilai USD  44 bilion. Separuh dari wang itu membeli CPU untuk PC dan laptop, tetapi dari segi jumlah, ia hanya membeli 0.2% kesemua CPU yang dijual. Kira-kira 55% CPU yang dikilangkan adalah mikropengawal 8 bit, berjumlah 2 bilion dalam tahun 1997. Pada 2008, 10 bilion CPU dikilangkan, dan kira-kira 98% digunakan dalam sistem terbenam.

No comments:

Post a Comment